VGC telah melaporkan yang permainan-permainan yang dimainkan menggunakan fungsi keserasian belakang di Xbox Series S akan menyertakan kualiti Xbox One S berbanding Xbox One X akan tetapi ia masih lagi menyertakan peningkatan dari segi tekstur, kelancaran yang lebih stabil, pemuatan yang lebih pantas dan juga HDR.
Jika ia mengelirukan, semasa Xbox One X dikeluarkan, kebanyakan permainan tersedia menerima peningkatan kualiti terutama resolusi sehingga 4K. Namun, apabila ia dimainkan di Xbox Series S, ia tidak akan membawa peningkatan tersebut. Ini adalah kerana untuk Xbox Series S, Microsoft menyasarkan resolusi 1440p.
Bagi pemain yang berhajat untuk membeli Xbox Series S, ini sudah semestinya bukan masalah kerana melalui konsol unik oleh Microsoft ini, resolusi yang tinggi bukanlah perkara yang penting sebaliknya kelancaran permainan dan juga fungsi-fungsi yang hadir dengan konsol generasi baharu.
Xbox Series S akan dikeluarkan pada 10 November ini dengan harga $299 atau RM1499 di Malaysia.