Musim kedua untuk siri TV Doom Patrol berakhir pada 6 Ogos lepas, dan minggu ini, HBO Max telah mengumumkan yang ia akan menerima musim ketiga secara eksklusif di platform penstriman oleh Warner Media tersebut. Musim ketiga ini akan mula tiba sekitar tahun 2021.
Siri Doom Patrol pada awalnya tiba melalui DC Universe, sebelum Warner memindahkan ke platform penstriman baharu mereka iaitu HBO Max. Di Malaysia, kedua-dua musim boleh didapati melalui HBO GO, tidak disahkan jika ia juga akan menerima musim ketiga.
Siri ini dihasilkan oleh Jeremy Carver berdasarkan oleh komik oleh Arnold Drake, Bob Haney dan Bruno Premiani. Ia dibintangi Diane Guerrero, April Bowlby, Matt Bomer, Brendan Fraser, Riley Shanahan, Matthew Zuk dan Joivan Wade.