CI Games telah mengumumkan penubuhan studio baharu iaitu Hexworks yang akan bertempat di Barcelona dan Bucharest. Studio tersebut telah dibuka sejak Mac lepas. Projek pertama bagi studio tersebut adalah membangunkan Lords of the Fallen 2.

Mereka sebelum ini melantik Defiant Studios untuk membangunkan Lords of the Fallen 2, akan tetapi CI Games menamatkan kontrak kerana tidak berpuas hati dengan kualiti yang dicapai, kenyataan tersebut tidak dipersetujui oleh Defiant Studios.

Lord of the Fallen 2 adalah permainan susulan untuk Lord of the Fallen iaitu permainan aksi pengembaraan yang dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada tahun 2014, ia dibangunkan oleh Deck13.

Buat masa ini platform serta tarikh pelancaran untuk Lord of the Fallen 2 tidak disahkan.

Sohor Kini