Neowiz mengumumkan yang mereka akan menjadi penerbit untuk permainan oleh Mad Mimic iaitu Dandy Ace. Ia akan dilancarkan untuk konsol dan PC sekitar tahun 2021. Anda boleh tonton video acah untuknya di bawah.
Dancy Ace adalah pemrainan aksi RPG yang juga menyertakan elemen roguelite. Kuasa pemain adalah berdasarkan kad yang diguna, pemain boleh mendapatkan pelbagai kad berbeza dan gunakan yang bersesuaian dengan cara permainan.
Jika anda berminat untuk mencuba, demo percuma kini disertakan di Steam.