Skip to main content

Blizzard telah menganjurkan acara CraftWars untuk Heroes of the Storm di mana ia adalah acara gabungan antara StarCraft dan WarCraft. Melalui acara ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan kostum dan tunggangan baharu.

Berikut adalah antara kostum dan tunggangan baharu – Anduin menerima kostum sebagai watak StarCraft dan menjadi Emperor of the Dominion. Gazlowe juga menerima kostum StarCraft iaitu Mineral Harvester Gazlowe.

Selain itu, kemaskini bersama dengan acara ini juga menyertakan penambah-baikkan untuk dua watak iaitu D.Va dan Gazlowe untuk memfokuskan mereka menjadi penyerang yang lebih baik. Nexus Anomaly baharu juga diperkenalkan iaitu Gladiator’s Medallion.

Heroes of the Storm sudah dikeluarkan untuk PC.

Leave a Reply