Gearbox Software telah mengumumkan yang Borderlands 3 akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series. Pemilik permainan tersebut di setiap konsol akan menerima naik taraf percuma.
Borderlands 3 di PlayStation 5 dan Xbox Series X akan menyokong resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS. Tidak disahkan untuk Xbox Series S akan tetapi berkemungkinan 1440p dengan kadar kelancaran 60FPS.
Ia juga akan menyokong koperasi setempat (pembahagian skrin) sehingga 4 pemain berbanding 2 pemain sekarang. Mereka juga mengumumkan yang pembahagian skrin secara menegak juga akan disertakan untuk 2 pemain. Ia juga akan tiba untuk PS4 dan Xbox One. Buat masa ini PC masih tidak menerima sebarang mod koperasi setempat.
Selain itu, Gearbox Software turut mengumumkan DLC berbayar seterusnya akan memfokuskan untuk menyertakan cabang kebolehan baharu kepada semua watak. Sokongan rentas platform juga akan diumumkan secara lanjut minggu hadapan.
Borderlands 3 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini ataupun melalui video di bawah.