Mobile Legends : Bang Bang merupakan salah satu permainan popular dikalangan pengguna Android dan iOS. Sebelum ini, mereka telah mengumumkan inisiatif Project NEXT yang ingin membawa kepada sejumlah pembaharuan pada platform berkenaan.

Project NEXT akan memfokuskan kepada penaik-tarafan memfokuskan visual, animasi, kesan bunyi, kawalan dan juga watak-watak yang diberikan nafas baru. Seperti ramai sedia maklum, Mobile Legends telah memperlihatkan perubahan pada Miya dan Alucard sebelum ini.

Fasa pertama untuk kemaskini ini akan ditawarkan bermula 22 September ini. Selari dengannya, kini sebuah muzik video baru telah dilancarkan, dinamakan sebagai “Beyond Legends”.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 22 September ini, untuk melihat secara menyeluruh perubahan yang dibawakan oleh Mobile Legends Bang Bang melalui Project Next.

Sohor Kini