G-Shock mempunyai beberapa jam tangan edisi khas, dan salah satu jam tangan edisi khas yang telah diumumkan baru-baru ini adalah Limited Edition G-Shock X Dragon Ball Z.

Dikenali dengan nama kod GA-110JDB-1A4, hanya 10 unit sahaja akan ditawarkan di Malaysia, pada harga RM1049 setiap satu. Disebabkan oleh kuantiti terhad, maka ia ditawarkan dalam bentuk jemputan rawak. Bagi anda yang berminat, boleh membuat pendaftaran sebelum penghujung 13 September 2020, dan sekiranya terpilih, anda akan dimaklumkan.
Jam tangan ini hadir dengan warna jingga, menyertakan sejumlah elemen Dragon Ball Z, termasuk lakaran pada tali jam, selain Mutiara Naga pada pukul 9 jam berkenaan. Ia menggunakan Mutiara Naga berbintang 4 kerana Mutiara Naga berkenaan adalah yang paling rapat dengan Son Goku.
Sekiranya anda berminat mendapatkan jam tangan edisi khas ini, boleh menyertai cabutan rawak yang akan berakhir pada penghujung hari ini.