AirPods Pro merupakan salah satu fon telinga nirwayar yang popular dikalangan ramai pengguna produk Apple. Terbaru, Razer yang terkenal sebagai jenama gaya hidup gamer hadir dengan penawaran berupa sebuah pelindung khas untuk kerangka AirPods Pro.

Razer THS Case for AirPods Pro

Dinamakan sebagai Razer THS Case for AirPods Pro, ia hadir dengan pilihan warna hitam, putih dan merah jambu. Ia turut menyertakan sebuah klip khas untuk memudahkan anda membawanya, selain pelindung yang mesra pengecasan secara nirwayar.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan dibeberapa buah negara, dan hadir pada harga US$29.99 (sekitar RM125).

Sohor Kini