PlayStation 5 Showcase Bakal Berlangsung 17 September Ini

PlayStation hari ini mengumumkan yang mereka akan menganjurkan PlayStation 5 Showcase yang akan distrim pada 4 pagi, 17 September ini. Tayangan tersebut akan berlangsung selama 40 minit, melalui Youtube dan juga Twitch.

Mereka mengatakan yang tayangan tersebut akan memfokuskan maklumat terkini untuk permainan-permainan oleh PlayStation Studios dan juga oleh pembangun pihak ketiga.

Tidak disahkan jika mereka akan melakukan pengumuman harga dan juga tarikh pelancaran untuk PS5, tetapi dengan Microsoft sudah berkongsi sepenuhnya, kami boleh katakan kemungkinan besar mereka akan mengumumkannya.

Sohor Kini