Skip to main content

RoboCop adalah francais filem klasik mengisahkan polis bernama Alex Murphy yang mati dalam satu situasi. Disebabkan beberapa organ beliau masih “hidup” ia telah diintegrasikan di dalam robot yang diberi nama RoboCop. Robot ini adalah satu inisiatif bersama antara Omni Consumer Product dan juga pihak polis. RoboCop mempunyai empat filem, tiga yang asal dan keempat adalah olahan semula. Ia juga mempunyai siri TV aksi nyata dan animasi.

Terkini, salah seorang penulis RoboCop iaitu Edward Neumeier ingin menghasilkan satu siri TV prekuel. Tetapi yang peliknya, tiada RoboCop dalam siri TV ini. Idea siri TV ini adalah memfokuskan Ronny Cox, iaitu naib presiden syarikat Omni Consumer Product (OCP). OCP adalah syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan RoboCop. Jadi, siri TV ini akan lihat bagaimana usahawan Dick Jones membina nama dan sifat buruk beliau akan lebih ditonjolkan. Kemudian bagaimana konsep perniagaan dalam arena teknologi dan juga perundangan disatukan. Ini bermakna, akan ada penglibatan politik, masalah korupsi dan banyak lagi.

Jika anda pernah dengar konsep ini, ini kerana ia seakan siri TV Gotham yang tiada Batman. Siri TV Gotham ini juga akan diolah semula oleh Matt Reeves, bagi memfokuskan tahun sifar di mana bandar Gotham penuh dengan jenayah, masalah politik dan korupsi – cuma RoboCop ini berada di Delta City.

Leave a Reply