Company of Heroes merupakan salah satu permainan popular dikalangan pengemar permainan bertemakan Perang Dunia Kedua. Terkini, permainan popular berkenaan turut diterbitkan untuk pengguna di peranti mudah-alih Android dan iOS.

Daripada komen-komen awal pemain, ia dikatakan menawarkan pengalaman yang baik dan dioptimasikan untuk peranti mudah-alih. Bagi anda yang meminati permainan berbentuk strategi dan perang, mungkin akan mengemari permainan berbentuk masa-nyata ini.

Company of Heroes ini ditawarkan pada harga RM57.90 untuk pengguna iOS, sementara di Android pula ia ditawarkan pada harga RM73.99.

Sohor Kini