GungHo Online Entertainment telah mengumumkan acara kolaborasi bersama dengan Sonic the Hedgehog untuk permainan dalam talian Ninjala mereka. Acara masa terhad ini akan bermula pada 23 September sehingga 21 Oktober.
Ia diumumkan ketika Dev Diary mereka yang anda boleh tonton di bawah.
Melalui acara ini pemain boleh dapatkan barangan berdasarkan Sonic the Hedgehog menggunakan Jala. Berikut adalah barangan yang akan ditawarkan;
- Sonic, Tails, dan Knuckles kostum
- Hiasan Sonic and Dr. Eggman IPPON
- Dr. Eggman Gum Utsusemi transformation

Selain itu, mereka juga mengumumkan mod permainan baharu iaitu Featured Battle yang akan menyertakan pelbagai acara masa terhad. Ia akan memberikan pelbagai peraturan pertempuran yang berbeza.
Ninjala telah pun dilancarkan di konsol Switch secara percuma. Bagi anda yang berminat, ia boleh dimuat-turun melalui Nintendo eShop.