Ubisoft hari ini mengumumkan penambahan seterusnya untuk Ghost Recon Breakpoint iaitu Episode 3 akan bermula pada 15 September ini. Antara kandungan baharu adalah kempen Red Patriot. Ia adalah mengenai Trey Stone yang meminta the Bodarks untuk melakukan serangan terhadap Amerika Syarikat. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Selain itu, ia juga akan menyertakan kelas baharu iaitu Pathfinder yang mempunyai kebolehan Armoros Interface Ability boleh mengawal dron Azrael. Kelas tersebut juga mempunyai kebolehan Uplink Protocok yang membolehkan pemain mengisi semula skill gauge. Kebolehan pasif untuknya adalah memudahkan untuk mencari cache, mempunyai Scout Vision dan juga rations akan bertahan lebih lama.

Akhir sekali, Ghost War PvP akan menerima peta dan tiga misi baharu bersama dengan penyertaan Pathfinder. Kempen Red Patriot boleh dimainkan secara percuma tetapi terhad kepada dua misi dan perlu didapati untuk secara berasingan untuk misi penuh. Pemilik Pass Tahun 1 akan mendapat kesemua misi.

Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Stadia, dan PC.

Sohor Kini