Skip to main content

Ubisoft hari ini membuat kejutan dan telah mengumumkan mereka akan menganjurkan Rainbow Six World Cup buat julung kalinya pada 2021 kelak.

Piala dunia yang diadakan julung kali ini bakal menyaksikan penyertaan pemain dari 45 buah negara dari pelbagai rantau di seluruh dunia.

Ubisoft mengatakan 14 buah negara akan menerima jemputan terus, sementara 31 buah negara lagi akan menyertai pusingan saringan untuk mendapatkan 6 slot baki. Keseluruhannya, sebanyak 20 pasukan akan bertanding pada pusingan akhir kelak.

Melalui perkongsian pihak Ubisoft, Malaysia antara negara yang akan turut menyertai pusingan saringan ini.

Bagi anda yang berminat, boleh merujuk kepada info penuh mengenai Rainbow Six World Cup melalui laman rasmi Ubisoft hari ini.

Leave a Reply