Skip to main content

Ubisoft hari ini mengumumkan satu IP baharu iaitu Riders Republic iaitu permainan sukan lasak yang menyertakan sukan seperti lumba basikal, luncur salji, wing suit dan pelbagai lagi. Ia juga adalah permainan sosial di mana pemain akan bermain secara dalam talian bersama dengan pemain-pemain lain. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Walaupun perlu dimainkan secara dalam talian, ia juga disertakan dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan secara solo ataupun bersama dengan rakan. Bagi yang pernah mencuba Steep, ia boleh dikatakan satu permainan yang sama.

Riders Republic akan dikeluarkan pada 25 Februari 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC (Uplay, Epic Games Store). Versi PS4 dan Xbox One akan menerima naik taraf percuma.

Leave a Reply