Ubisoft ketika Ubisoft Forward telah mengumumkan yang permainan dunia terbuka seterusnya oleh mereka iaitu Immortals Fenyx Rising atau sebelum ini dikenali sebagai Gods & Monsters akan dikeluarkan pada 3 Disember 2020 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, Stadia, dan PC (Uplay, Epic Games Store). Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Fenyx iaitu seorang demigod yang perlu menyelamatkan dunia Yunani daripada Typhon dan juga konco-konconya yang terdiri daripada raksasa mitos. Pemain akan berpeluang untuk menggunakan pelbagai jenis kuasa. Video bentuk permainan boleh ditonton di bawah.

Permainan ini boleh mula di pra-tempah dengan harga bermula RM189 untuk mendapat misi istimewa. Pembelian untuk versi PlayStation 4 dan Xbox One akan diberikan naik taraf percuma untuk PlayStation 5 dan Xbox Series.

Sohor Kini