Prince of Persia: The Sands of Time adalah permainan Prince of Persia yang dikeluarkan pada tahun 2003, ia menjadi permulaan kepada siri “The Sands of Time” yang mempunyai empat permainan secara keseluruhan. Ketika acara Ubisoft Forward, Ubisoft mengumumkan versi ‘Remake’ untuknya akan tiba pada 21 Januari 2021. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Permainan ini adalah mengenai putera raja yang telah memperoleh Dagger of Time yang boleh mengundurkan masa untuk seketika yang juga menjadi mekanik utama permainan. Beliau ingin menyelamatkan dunia dari bertukar menjadi pasir selepas beliau sendiri yang melepaskan Sands of Time.

Anda boleh pra-tempah bermula sekarang, di Uplay ia ditawarkan dengan harga RM125 untuk mendapatkan set kosmetik Origin. Ia diumumkan akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC (Uplay, Epic Games Store).