Komik Cyberpunk 2077 Kini Ditawarkan Di Dark Horse Comics

Komik berdasarkan dunia Cyberpunk 2077 telah diumumkan pada Jun lepas, di mana ia akan diterbitkan dengan kerjasama di antara CD Projekt Red dan Dark Horse Comics. Hari ini, komik yang berjudul Cyberpunk 2077: Trauma Team sudah boleh dibeli dengan harga $3.99.

Ia adalah jilid pertama daripada 4 yang dirancang. Berikut adalah penerangan mengenai penceritaan di dalam komik ini; Nadia adalah seorang pembantu EMT untuk syarikat swasta iaitu Trauma Team International. Keadaan dia menjadi sangat tidak menentu apabila menjadi seorang sahaja yang terselamat semasa misi menyelamat yang gagal.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 19 November 2020 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One, dan PC.

Sohor Kini