Epic Games Store Menawarkan Dua Permainan Percuma Dan Jualan Promosi

Epic Games Store hari ini menawarkan dua permainan baharu untuk tawaran permainan percuma mingguan mereka iaitu Railway Empire dan Where the Water Tastes Like Wine. Selain itu, mereka juga mengajurkan jualan promosi Creators Choice 2020.

Railway Empire adalah permainan simulasi pengurusan syarikat kereta api. Ia dibangunkan oleh Gaming Minds Studios dan diterbitkan oleh Kalypso Media untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC sejak tahun 2018.

Where the Water Tastes Like Wine adalah permainan pengembaraan yang memfokuskan penceritaan. Di dalam permainan ini, kemajuan adalah bergantung kepada cerita yang diterima dan disampaikan. Ia dibangunkan oleh Dim Bulb Games dan diterbitkan oleh Good Sheperd Entertainment untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC sejak tahun 2018.

Manakala untuk jualan promosi Creators Choice 2020 pula, mereka menawarkan pelbagai permainan menarik dengan potongan harga sehingga 70%. Berikut adalah antara permainan yang ditawarkan;

  • World War Z GOTY – $10.99
  • Detroit: Become Human – $19.99
  • Disco Elysium – $11.24
  • Metro Exodus – $17.49
  • The Messenger – $4.49

Kedua-dua permainan di atas boleh ditebus bermula sekarang sehingga 24 September sebelum digantikan dengan satu permainan iaitu Stick It to the Man!. Jualan promosi juga akan berakhir pada tarikh yang sama.

Sohor Kini