Twich hari ini telah hadir dengan sebuah penawaran baru yang dinamakan sebagai Twitch Versus. Ditawarkan dalam bentuk beta, ia ditujukan kepada arena esukan yang sedang giat membangun sejak setahun dua kebelakangan ini.

Twitch Versus

Melalui Twitch Versus, sesiapa sahaja boleh dengan mudah mencipta, menguruskan dan strim akan sebarang kejohanan esukan.

Platform berkenaan masih dalam peringkat beta tertutup. Menggunakannya, para penganjur boleh bermula dengan menganjur sesuatu kejohanan esukan, menerima pendaftaran, menguruskan perlawanan, dan pada masa yang sama menggunakan Twitch untuk strim kejohanan berkenaan.

Twitch akan menguji ia pada penggunaan kejohanan kasual dan juga kompleks sebelum membuka penawaran Twitch Versus ini secara terbuka kepada semua pengguna seluruh dunia.

Sohor Kini