Nintendo Switch Edisi Fortnite Diperkenalkan Di Eropah

Nintendo kini telah memperkenalkan Nintendo Switch edisi khas bertemakan Fortnite. Apa pun, Nintendo Switch ini hanya diumumkan terhad di Eropah sahaja buat masa ini.

Konsol edisi terhad ini hadir dengan rekaan eksklusif dengan sedikit lakaran grafik bertemakan Fortnite pada bahagian belakang Nintendo Switch berkenaan.

Nintendo Switch

Disamping itu, ia turut hadir dengan Joy-Con berwarna biru dan kuning. Nintendo Switch edisi terhad ini hadir dengan Fortnite secara terbina, selain turut menawarkan 2000 V-buck secara percuma.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada konsol edisi terhad ini akan ditawarkan untuk pasaran luar atau sebaliknya. Mungkin bagi pengguna iOS yang terjejas dengan halangan Epic Games, boleh mendapatkan konsol Nintendo Switch ini sekiranya ditawarkan di Malaysia.

Sohor Kini