Lemon Sky Studios adalah studio animasi tempatan yang tidak asing lagi. Mereka sebelum ini banyak terlibat dengan permainan video seperti The Last of Us Part II, Final Fantasy VII Remake dan Command & Conquer: Remastered Collection.

Terbaru, mereka juga telah terlibat dengan permainan oleh Square Enix dan Crystal Dynamics iaitu Marvel’s Avengers yang sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Menurut Lemon Sky lagi, untuk permainan ini mereka telah bertanggungjawab untuk menyediakan pemodelan 3D buat watak-watak di dalam permainan tersebut seperti Captain America dan Ms. Marvel.

Ini adalah satu lagi perkembangan yang baik untuk industri permainan video di Malaysia.Jika anda ingin mengetahui lanjut mengenai Lemon Sky Studios anda boleh layari laman rasmi mereka; https://www.lemonskystudios.com/

Sohor Kini