Skip to main content

Selepas mengesahkan yang Xbox Series S akan dikeluarkan pada 10 November ini dengan harga $299, Microsoft hari ini pula akhirnya mengesahkan yang Xbox Series X akan dikeluarkan pada tarikh yang sama dengan harga $499, seperti yang tertiris sebelum ini.

Dengan pengumuman ini, Microsoft akhirnya menjadi syarikat pertama yang berkongsi sepenuhnya mengenai konsol generasi baharu. Manakala Sony untuk PlayStation 5 dijangka akan melakukan pengumuman sama tidak lama lagi.

Microsoft juga mengumumkan sesi pra-tempah untuk Xbox Series X dan Xbox Series S akan bermula pada 22 September 2020.

Leave a Reply