Crash Bandicoot merupakan salah satu siri permainan popular yang mempunyai peminatnya tersendiri. Versi paling terbaru adalah Crash Bandicoot 4 : It’s About Time yang telah diumumkan sebelum ini, dan bakal ditawarkan kepada pemain PlayStation 4 dan Xbox One pada bulan Oktober ini.

Menariknya, bagi peminat tegar Crash Bandicoot, anda boleh mencuba demo permainan ini seawal minggu hadapan.

Bagi anda yang telah melakukan pra-tempahan untuk permainan ini, anda boleh mencubanya melalui muat-turun demo secara digital bermula minggu hadapan, 16 September 2020.

Sohor Kini