Behaviour Interactive telah melancarkan penambahan baharu untuk Dead by Daylight iaitu Descend Beyond Chapter. Ia boleh didapati sekarang di kesemua platform. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Melaluinya akan disertakan dua watak asli baharu iaitu pembunuh adalah The Blight yang mempunyai kebolehan seperti berikut;
- Dragon’s Grip – Selepas merosakkan generator, survivor yang cuba menggunakannya akan menjerit, sekali gus memberitahu lokasinya.
- Hex: Undying – semasa ia aktif, hex yang telah dipadamkan, hex tersebut akan dipindahkan ke totem kosong dan akan memperlihatkan survivor yang berhampiran.
- Hex: Blood Flavor – Apabila Survivor diserang, pallet berdekatan tidak lagi boleh digunakan buat sementara waktu.
Manakala survivor pula akan menerima watak Felix Ritcher yang mempunyai kebolehan seperti berikut;
- Visionary – Jika berdekatan dengan generator, pemain akan dapat melihat aura-nya.
- Desperate Measures – untuk setiap survivor yang sakit, ditangkap dan hampir mati, watak ini akan lebih pantas untuk menyelamatkan diri dan survivor lain.
- Built to Last – Sekali untuk setiap sesi, barangan yang sudah habis digunakan akan mendapat kembali casnya.
Dead by Daylight sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga sudah diumumkan untuk konsol generasi depan.