Seperti diumumkan sebelum ini, Double Eleven dan Mojang Studios akhirnya melancarkan DLC kedua untuk permainan dungeon crawler Minecraft Dungeons iaitu Creeping Winter. Video pelancaran boleh ditonton di bawah.
Seperti penambahan Jungle Awakens sebelum ini, Creeping Winter juga akan menawarkan kawasan baharu untuk pemain terokai. Bersama dengan penambahan ini, mereka juga menawarkan kemaskini percuma yang menyertakan dua kedai baharu iaitu The Blacksmith dan Gift Wrapper yang membolehkan anda bertukar barangan secara dalam talian.
Minecraft Dungeons sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga sebahagian daripada Xbox Games Pass. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.