Paradox Interactive minggu ini mengumumkan yang pemain Stellaris di konsol iaitu PlayStation 4 dan Xbox One akhirnya akan menerima DLC baharu bermula dengan Distant Stars Story Pack yang akan tiba pada 15 September ini. Di mana ia akan menyertakan planet dan penceritaan baharu.
Ia tidak ditawarkan secara berasingan, sebaliknya akan disertakan di dalam satu pek penambahan bersama dengan dua DLC lain iaitu MegaCorp Expansion dan Lithoids Species Pack tetapi kedua-duanya akan tiba sekitar tahun hadapan.
Pek penambahan ini akan ditawarkan bermula 15 September ini dengan harga $24.99. Kesemua DLC yang akan tiba sudah dikeluarkan untuk versi PC. Stellaris sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC.