Razer sedia hadir dengan beberapa produk yang khusus untuk para peminat permainan video. Terbaru, hari ini mereka mengumumkan produk berupa gula-gula geah hasil kerjasama dengan pihak “5 Gum”.

Dinamakan sebagai “Respawn by 5 Gum”, ia hadir dalam tiga pilihan perisa, iaitu “Cool Mint”, “Tropical Punch” dan juga “Pomegranate Watermelon”

Razer Respawn

Dengan penawaran ini, Razer dilihat memfokuskan kepada peminat jenama mereka, sekaligus membolehkan mereka bermain permainan video kegemaran sambil mengunyah gula-gula getah ini.

Buat masa ini, produk ini hanya ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, ditawarkan pada harga $2.99 untuk 15 gula-gula getah.

Sohor Kini