Skip to main content

MSI merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam penawaran komputer memfokuskan permainan. Terbaru, mereka telah mengumumkan sebuah kejohanan baharu, iaitu MSI Valorant Online Tournament.

Kejohanan ini akan diadakan secara atas-talian, sekaligus membolehkan semua peminat dan pemain Valorant seluruh Malaysia menyertainya.

MSI Valorant Online Tournament ini akan diadakan selama dua hari, iaitu pada 26 September dan 27 September 2020 ini. Pendaftaran untuk menyertainya adalah percuma, dan menawarkan hadiah berjumlah RM10,000.

MSI Valorant

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak format permainan dan pelbagai syarat yang disediakan melalui halaman pendaftaran untuk MSI Valorant Online Tournament.

Leave a Reply