Selepas tertiris, Microsoft akhirnya mengumumkan Xbox Series S secara rasmi di mana mereka memperlihatkan reka bentuk dan juga harga jangkaan iaitu $299. Hari ini, mereka akhirnya berkongsi video pelancaran secara rasmi.

Berdasarkan video tersebut telah disahkan spesifikasi yang tertiris sebelum ini iaitu;

  • Sepenuhnya secara digital, tiada pembaca cakera optik
  • Menyokong resolusi 1440p dengan kelancaran sehingga 120FPS
  • Menyokong resolusi 4K melalui teknologi upscaling
  • Menyokong Directx Ray Tracing
  • Storan 512GB SSD
  • Menyokong penstriman media 4K
  • Konsol Xbox terkecil

Di dalam video tersebut diumumkan juga yang ia akan tiba pada 10 November ini, mengesahkan laporan oleh Windows Central. Namun, tidak disahkan jika ia adalah tarikh yang sama untuk Xbox Series X.

Sohor Kini