PUBG Mobile merupakan salah satu permua memfokuskan aksi tembak-menembak yang dimainkan oleh ramai pemain diluar sana. Hari ini, penerbitnya telah pun memperkenalkan PUBG Mobile 1.0 secara rasminya, sekaligus membawakan pelbagai pembaharuan bersama-sama dengannya.

PUBG Mobile sendiri menjenamakan ia sebagai sebuah era baharu untuk permua berkenaan.

PUBG Mobile 1.0 hadir dengan peta Erangel yang baru, kemaskini pada Training Ground, dan penambah-baikkan dari segi visual untuk Livik.

PUBG Mobile 1.0 juga turut membawakan penambah-baikkan dari segi kualiti grafik untuk permua berkenaan. Telefon dengan sokongan skrin 90Hz turut boleh menikmati permua ini pada kadar segar semula lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Bersama-sama dengan pengenalan versi 1.0 ini juga, pihak PUBG Mobile kini turut menawarkan penambahan bahasa Melayu untuk permainan berkenaan. Anda boleh melakukan perubahan untuknya melalui halaman tetapan di PUBG Mobile selepas menaik-taraf ke versi 1.0 hari ini.

Bagi anda yang memainkan permua ini, boleh memuat-turun kemaskini PUBG Mobile di Android dan iOS, sekaligus menikmati pelbagai pembaharuan yang dibawakan ini.

Sohor Kini