Dotemu, Lizardcube dan Guard Crush Games minggu ini mengumumkan yang permainan Streets of Rage 4 telah dimuat turun sebanyak 1.5 juta unit sejak dilancarkan pada 30 April lepas. Streets of Rage 4 adalah permainan beat ’em up, ia merupakan permainan susulan untuk Streets of Rage 3 yang dikeluarkan pada 26 tahun lepas.

Selain itu mereka juga mengumumkan kemaskini yang menyertakan lebih 80 penambah-baikkan. Antaranya adalah serangan Special dan Start boleh mengganggu serangan Hitstun. Watak Axel dan Cherry juga dipertingkatkan untuk menjadikan mereka lebih berkuasa. Untuk keseluruhan kemaskini anda boleh baca melalui pautan ini.

Streets of Rage 4 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini