Codemasters hari ini mengumumkan permainan simulasi perlumbaan kereta rali Dirt 5 ditunda dan akan dikeluarkan pada 6 November ini. Ini adalah kali kedua tertunda selepas sebelum ini ditunda selama seminggu.
Mereka mengatakan dengan pengeluaran pada November ini, ia akan membolehkan untuk mengeluarkan Dirt 5 untuk kesemua platform dalam masa yang singkat. PlayStation 5 dan Xbox Series X dijangka akan tiba pada pertengahan November ini.
Dirt 5 akan dikeluarkan PlayStation 4, Xbox One dan PC,ia juga akan menerima naik taraf percuma untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X.