Skip to main content

Pada minggu lepas, kerajaan India telah mengumumkan pengharaman lebih 100 aplikasi kerana masalah privasi. Antara aplikasi tersebut adalah PUBG Mobile dan juga PUBG Mobile Lite.

Selepas pengharaman tersebut, PUBG Mobile akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi. Mereka pertamanya berterima kasih kepada pemain di India yang terus menyatakan sokongan. Mereka juga menghormati keputusan yang dilakukan oleh kerajaan India dan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini.

Mereka juga mengumumkan yang PUBG Mobile di India tidak lagi akan diurus oleh Tencent, sebaliknya mereka akan cuba untuk mendapatkan penerbit tempatan. Ini secara langsung akan memastikan PUBG Mobile bersesuaian dengan pemain tempatan.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android secara percuma.

Leave a Reply