Semakin kita menghampiri dengan tarikh tibanya konsol generasi baharu semakin mula banyak informasi lanjut yang dikongsikan walaupun bukan secara rasmi. Contohnya, Xbox Series X dan Xbox Series S boleh dikatakan sudah mendapat harga dan tarikh pengeluaran.
Manakala untuk PlayStation 5 pula, berdasarkan penyenarian di SIRIM alat kawalan Media Control PlayStation 5 sudah diluluskan pada 2 September lepas, dan bersedia untuk dipasarkan. Sekaligus menyertai alat kawalan DualSense yang sudah tersenarai di SIRIM pada Julai lepas. CFI-ZMR1 menurut Nextrift, merujuk kepada alat kawalan Media Control PlayStation5.
Alat kawalan media merupakan antara aksesori yang diumumkan bersama dengan PlayStation 5. Aksesori lain adalah alat pengecasan DualSense, set fon kepala Pulse 3D dan PlayStation HD Camera. Anda boleh baca lanjut mengenai aksesori di pautan ini.
PlayStation 5 akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini. Dari segi harga dan tarikh pelancaran, ia masih belum diumumkan.