League of Legends Menerbitkan Komik Berdasarkan K/DA

Komik berdasarkan watak-watak League of Legends bukan sesuatu yang baharu, dan minggu ini Riot Games telah menerbitkan satu siri komik baharu dan ia memfokuskan kepada kumpulan K-Pop K/DA yang baru mengeluarkan lagu baharu mereka.

Episod pertama komik ini memfokuskan kumpulan K/DA cuba merekod lagu baharu, menariknya ia juga menyertakan satu watak baharu iaitu Seraphine yang menurut Riot Games beliau akan terlibat bersama K/DA, tetapi ramai menjangkakan yang dia akan menjadi watak baharu untuk League of Legends.

Anda boleh baca bahagian pertama untuk siri komik tersebut di pautan ini. League of Legends sudah dikeluarkan untuk PC, dan versi permainan mudah alih turut diumumkan yang akan tiba tidak lama lagi.

Sohor Kini