Skip to main content

Jike Team SMG sebelum ini mengumumkan penajaan rasmi oleh Nescafe, hari ini mereka mengumumkan satu lagi penaja rasmi iaitu Under Armour yang akan membekalkan pakaian rasmi untuk mereka. Penjaan ini adalah untuk tempoh setahun.

Team SMG buat masa ini mempunyai tiga pasukan iatu satu pasukan untuk Mobile Legends, PUBG Mobile di Malaysia dan juga pasukan Valorant yang baharu sahaja ditubuhkan di Singapura. Kesemua pasukan tersebut akan mengayakan pakaian oleh Under Armour sepanjang kejohanan yang disertai mereka.

Menurut Pengarah Bahagian Pemasaran Under Armour Asia Tenggara, esukan semakin berkembang pesat di rantau ini, dan mereka berbangga mendapat peluang untuk bersama dengan Team SMG.

Leave a Reply