Skip to main content

Acer sebelum ini telah memperkenalkan kerusi gaming mereka dibawah jenama Predator, dan menariknya turut menyertakan ciri mengurut secara terbina hasil kerjasama dengan OSIM.

Kini, kerusi yang dinamakan sebagai Predator Gaming Chair X OSIM berkenaan sudah boleh dipra-tempah oleh pengguna tempatan. Pihak OSIM telah mula mengambil pra-tempahan untuknya pada harga RM2399 sebiji.

Predator Gaming Chair

Kerusi ini hadir dengan rekaan memfokuskan para peminat permainan video, dan pada masa yang sama menyertakan ciri mengurut. Ia hadir dengan beberapa mod pilihan, selain boleh disandarkan sehingga 145-darjah.

Kerusi ini juga turut hadir dilengkapi dengan dua pembesar suara Bluetooth dibahagian kepala.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat tempahan melalui laman OSIM hari ini. Laman OSIM turut memperlihatkan harga jualannya akan mencapai RMM4899 selepas tempoh pra-tempahan ini.

Leave a Reply