Pengiklanan di dalam permainan genre sukan adalah bukan sesuatu yang biasa, tetapi ia bukanlah sesuatu yang diterima oleh semua pemain. EA baru-baru ini telah menyertakan pengiklanan yang dipaparkan sebelum serta selepas video ulang tayang. Anda boleh lihat contohnya di bawah.

Perkara tersebut telah mencetus kritikan oleh pemain, terutama kerana ia sebelum ini tidak disertakan semasa sesi permainan oleh yang mendapat awal seperti media dan pengulas. Tidak lama selepas ia dikongsi di Reddit, EA telah mengumumkan pengiklanan tersebut akan dibuang.

Berdasarkan kenyataan yang dikongsi di Reddit, mereka sedar yang perkara tersebut sepatutnya diberitahu kepada pemain terlebih dahulu. Oleh itu, mereka mengesahkan yang pengiklan sebegitu tidak lagi akan disertakan di dalam permainan ini.

Jika ingin dibandingkan, siri permainan NBA 2K lebih banyak mempunyai pengiklanan, akan tetapi sekurang-kurangnya EA lebih bersedia untuk menerima kritikan pemain.

EA Sports UFC 4 telah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Sohor Kini