Masalah penipuan di dalam Fall Guys terus berlaku, walaupun mereka sudah mempunyai sistem pengesanan, akan tetapi ia tidak menghalang daripada pemain untuk terus mencuba.

Melalui satu ciapan, mereka meminta maaf jika pemain bermain bersama dengan penipu, tetapi mengatakan mereka akan terus meningkatkan sistem pengesanan penipuan dari semasa ke semasa. Mereka juga mengumumkan, kemaskini akan tiba di mana mereka akan menggunakan Easy Anti-Cheat iaitu sistem anti-penipuan oleh Epic Games.

Easy Anti-Cheat adalah satu sistem anti-penipuan yang popular, ia digunakan oleh pelbagai permainan antaranya Fortnite sendiri, Apex Legends, Dead by Daylight, Gears 5 dan For Honor.

Fall Guys sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC.

Sohor Kini