Skip to main content

Geek Fam kini mengumumkan mereka telah membubarkan pasukan Geek Fam Dota 2. Ia dikatakan penularan wabak Covid-19 telah memberikan impak kepada pasukan Geek Fam Dota 2 dalam pelbagai aspek berbeza, termasuk dengan penangguhan perlawanan esukan melibatkan Dota 2.

Ini termasuk dengan pembatalan Dota 2 Minor dan Dota 2 Major, selain penangguhan T10 dan juga Dota Pro Circuit.

Geek Fam Dota 2

Dengan pembubaran ini, ahli Geek Fam Dota 2 menjadi agen bebas, dan boleh menyertai pasukan lain. Tiada sebarang perancangan lanjut ahli pasukan yang dikongsikan, termasuk untuk Kuku, Karl, Xepher, Whitemon.

Leave a Reply