Super Mario Maker 2 Menerima 10 Juta Litar Dalam Masa 8 Bulan

Nintendo hari ini mengumumkan yang Super Mario Maker 2 kini mempunyai 20 juta litar yang dihasilkan oleh pemain. Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 10 juta litar berbanding awal tahun ini.

Pada April lepas, Nintendo telah mengeluarkan kemaskini utama terakhir untuk permainan tersebut, akan tetapi dengan bantuan oleh pemain, tampaknya ia akan terus menerus menerima kandungan baharu walaupun bukan dari Nintendo sendiri.

Super Mario Maker 2 sudah dikeluarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch.

Sohor Kini