Crunchyroll, iaitu platform penstriman anime terkenal global hari ini mengumumkan yang mana mereka bekerjasama bersama Adult Swim untuk menghasilkan siri anime berdasarkan siri permainan Shenmue.

Dengan nama Shenmue: The Animation dan berdasarkan imej poster di bawah, ianya kelihatan akan memfokuskan watak utama siri permainan tersebut iaitu Ryo Hazuki dengan pengembaraan beliau.

Siri anime tersebut akan dihasilkan oleh studio animasi Telecom Animation Film dan ia akan mempunyai 13 jumlah episod. Dari segi informasi lanjut, Crunchyroll tidka berkongsi sebarang maklumat tambahan. Namun, ia akan diarahkan oleh pengarah Chikara Sakurai dan pencipta siri tersebut, iaitu Yu Suzuki akan bertugas sebagai penerbit ekskutif siri anime tersebut.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri permainan Shenmue, ia merupakan siri permainan yang mula dilancarkan beberapa tahun lepas di konsol SEGA Dreamcast di mana ia kemudian menerima sekuel tahun lepas, iaitu Shenmue III. Kedua-dua permainan sebelum itu juga menerima versi penambah-baikkan di konsol dan PC yang anda boleh dapatkan dengan harga bermula RM128.

Sohor Kini