Skip to main content

eGG Network iaitu Channel 800 di Astro mengumumkan yang sepanjang 5 minggu penganjuran PUBG Mobile World League Season Zero Timur mereka telah mencatat jumlah tontonan secara purata 146 ribu serentak dengan catatan tertinggi adalah 233 ribu.

Secara keseluruhan mereka mencatat 1.46 juta penonton unik, berdasarkan data oleh Kantar Media DTAM, jumlah tersebut adalah tertinggi jika dibandingkan tayangan berbahasa Inggeris kejohanan tersebut di platform lain.

PUBG Mobile World Leage Season Zero bahagian Timur telah berlangsung pada 11 Julai sehingga 9 Ogos lepas, yang memperlihatkan pasukan dari Indonesia Bigetron RA menjadi juara keseluruhan.

Leave a Reply