Semasa pandemik Covid-19 mula menjadi isu pada Mac lepas, penggambaran untuk filem The Batman telah ditangguhkan, dan hanya bermula pada bulan ini. Kini, menurut beberapa laporan, penggambaran terpaksa ditangguhkan sekali lagi selepas staf yang terlibat didapati positif Covid-19.

Berdasarkan laporan oleh Deadline dan Vanity Fair, staf tersebut telah disahkan adalah Robert Pattinson yang memegang watak Bruce Wayne/Batman sendiri. Walaupun Warner Bros sendiri tidak mengesahkannya, akan tetapi mereka mengatakan yang staf tersebut telah diasingkan dan penggambaran ditunda.

The Batman sebelum ini sudah hadir dengan video acah pertama dan pengarah Matt Reeves mengatakan sebelum ia ditangguhkan pada bulan Mac lepas, mereka hanya menyelesaikan 30% penggambaran sahaja. Dengan penundaan sekali lagi ini, The Batman yang sepatutnya akan tiba pada Oktober 2021 mungkin akan mengubah tarikh tersebut.

Bacaan Lanjut: Kenapa Filem The Batman Adalah Filem Batman Yang Lain Daripada Yang Lain?

Sohor Kini