Epic Games Store minggu ini hanya menawarkan satu permainan sahaja sebagai permainan percuma mingguan mereka iaitu Into the Breach. Ia boleh ditebus bermula sekarang sehingga 10 September 2020.
Into the Breach adalah permainan strategi mengikut turutan yang memerlukan pemain mengawal pelbagai robot untuk melawan raksasa. Ia dibangunkan oleh Subset Games dan dikeluarkan pada tahun 2018 untuk PC dan juga Switch.
Selepas tawaran ini berakhir, Epic Games Store akan menawarkan dua pula permainan iaitu Railway Empire dan Where the Water Tastes Like Wine.
[info]Epic Games Store: Into the Breach[/info]