Bersempena dengan ulang tahun ke-35 siri permainan Mario, Nintendo telah menganjurkan acara Nintendo Direct yang memfokuskan kepada permainan Mario.

Antara yang diumumkan adalah Super Mario All-Stars iaitu koleksi permainan yang menyertakan Super Mario Bros., Super Mario Bros.: The Lost Levels, Super Mario Bros. 2 dan Super Mario Bros. 3 dengan kualiti grafik 16-bit yang lebih baik.

Koleksi ini akan disertakan secara percuma kepada pelanggan Nintendo Switch Online melalui aplikasi permainan SNES pada hari ini.

Sohor Kini