Skip to main content

Bersempena dengan ulang tahun ke-35 siri permainan Mario, Nintendo telah menganjurkan acara Nintendo Direct yang memfokuskan kepada permainan Mario. Antara yang diumumkan adalah Super Mario 3D All-Starts iaitu satu permainan yang menyertakan Super Mario 64, Super Mario Sunshine dan Super Mario Galaxy.

Versi ini akan menyertakan permainan yang sudah dioptimumkan untuk dimainkan di Switch dengan mempunyai resolusi yang lebih tinggi dan juga kelancaran yang lebih baik. Ia juga akan mempunyai pemain muzik seperti Super Smash Bros untuk membolehkan anda mendengar muzik dari tiga permainan tersebut walaupun dengan skrin terpadam.

Seperti Super Mario 35, Super Mario 3D All-Stars juga akan dikeluarkan untuk waktu terhad, iaitu ia akan tiba bermula pada 18 September sehingga 31 Mac 2021, untuk versi fizikal dan juga digital.

Leave a Reply