Blumhouse adalah studio yang terkenal dengan penghasilan banyak filem seram. Walaupun tidak kesemua filem mereka seram, tetapi masih akan ada peminat tonton kerana akan rasakan ianya seram. Tidak semua orang mempunyai perasaan seram yang sama. Disebabkan beberapa negara masih tidak membuka lagi pawagam, banyak studio penerbit siarkan filem mereka ke platform penstriman dan ada juga yang terus tunda ke tarikh lain.
Terkini, bagi memuaskan hati peminat – Blumhouse hadir dengan empat filem seram khusus untuk siaran di Amazon Prime. Blumhouse menggelar koleksi filem ini sebagai “Welcome To Blumhouse”. Berikut adalah senarai filem-filem yang akan disiarkan pada bulan Oktober ini.

- The Lie, mengisahkan seorang gadis yang mengaku telah membunuh rakan karib beliau. Ibu bapa gadis ini cuba sebaik mungkin untuk melindungi anak mereka dan berakhir dengan perkara yang menyukarkan dan penuh dengan penipuan. Filem ini akan disiarkan pada 6 Oktober.

- Black Box, mengisahkan seorang suami yang kehilangan isteri dan juga memori akibat kemalangan. Kemudian beliau melalui perubatan eksperimen yang membuatkan beliau persoalkan diri – siapakah diri beliau yang sebenar? Filem ini akan disiarkan pada 6 Oktober juga.

- Evil Eye pula mengisahkan satu pasangan kekasih yang romantik berubah menjadi mimpi ngeri. Ini kerana ibu si gadis berkenaan meyakinkan anak beliau yang kekasih beliau ada kisah silam yang gelap berkait dengan dirinya. Filem ini akan disiarkan pada 13 Oktober.

- Akhir sekali adalah Nocturne, yang mana ia memfokuskan kepada pelajar-pelajar elit dalam bidang seni. Seorang pelajar yang pemalu/pendiam secara tiba-tiba menjadi hebat dalam bidang muzik menewaskan pasangan kembar yang sedia berbakat. Kesemua ini berlaku selepas pelajar ini menemui buku nota milik bekas pelajar yang sudah mati. Filem ini juga akan ditayangkan pada 13 Oktober.
Bagi yang berminat, anda boleh langgan dan saksikan Amazon Prime Video pada Oktober ini.